BALAI Polis Seongdong menggugurkan dakwaan terhadap penyanyi dari Korea Selatan Hwasa Mamamoo atas tuduhan melakukan persembahan tidak senonoh di hadapan pelajar Universiti Sungkyunkwan. Pada acara berkenaan, Hwasa yang menyanyi lagu Don't Give tampil dengan aksi terkangkang dan mencangkung di atas pentas. Bukan itu sahaja dia secara spontan menjilat tangan sendiri sebelum menyapunya ke bahagian kelangkang. Aksi Hwasa yang didakwa tidak senonoh sewaktu membuat persembahan di hadapan pelajar universiti. Sebelum ini Hwasa telah dipanggil pihak polis untuk disoal siasat pada awal September lalu. Pada bulan Julai, Kesatuan Perlindungan Hak Ibu Bapa Pelajar telah memfailkan aduan terhadap Hwasa berhubung dakwaan persembahan tidak senonoh yang dipentaskan penyanyi itu pada Mei di Festival Universiti Sungkyunkwan. Kesatuan itu mendakwa bahawa idola Kpop tersebut membuat isyarat berunsur seksual. ARTIKEL BERKAITAN: Terkangkang di atas pentas depan pelajar universiti, Hwasa (Mamamoo) dipanggil polis ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara kontroversi aksi lucah, Hwasa (Mamamoo) menangis baca komen melampau netizen Penyanyi itu juga menyatakan bahawa single baharunya I Love My Body, dikeluarkan sebagai tindak balas kepada kontroversi itu. Itu adalah lagu pertama penyanyi itu di bawah naungan agensi K-pop P Nation yang diasaskan oleh Psy, yang ditandatanganinya pada awal bulan Julai. Ahli Mamamoo itu meninggalkan agensi lama RBW pada Jun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!