PENYANYI Justin Bieber mendedahkan dia tidak pernah melakukan hubungan seks dengan isterinya iaitu Hailey Bieber sebelum mereka berkahwin pada September 2018. Justin berkata, dia mengelak melakukan hubungan kelamin sebelum sah bergelar suami isteri kerana sedar ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada diri. "Saya fikir seks sebelum berkahwin boleh mendatangkan pelbagai perkara buruk termasuk merosakkan jiwa seseorang. Justin banyak mengabdikan diri kepada Tuhan. "Kadang-kadang orang memilih melakukan hubungan seks sebelum berkahwin kerana mereka rasa diri tidak cukup bagus. "Mereka buat perkara itu kerana tiada harga diri," katanya menerusi temu bual bersama majalah Vogue. Tambah penyanyi lagu Love Me itu, dia lebih banyak mendekatkan diri kepada Tuhan supaya hubungannya dengan Hailey mendapat keberkatan. ARTIKEL BERKAITAN: Sakit perut teruk sampai masuk hospital, Lee Je Hoon terpaksa berehat seminggu ARTIKEL BERKAITAN: Impian T.O.P ke bulan tinggal mimpi, roket SpaceX milik Elon Musk belum siap Jelasnya, perkara tersebut lebih baik untuk kesihatan mental berbanding memikirkan soal memuaskan nafsu diri sendiri. "Melalui cara ini, ia benar-benar lebih baik untuk jiwa dan mental. "Saya percaya bahawa Tuhan memberkati saya dengan Hailey," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!