PELAKON drama The Betrayal iaitu Anne Thongprasom dan Ananda Everingham tidak mahu lakonan mereka dibandingkan dengan naskhah asal iaitu Doctor Foster. Anne berkata, drama adaptasi Thailand ini mempunyai kekuatan tersendiri yang memaparkan lebih banyak cita rasa penonton masyarakat tempatan. Tidak mahu dibandingkan dengan drama asal terbitan BBC itu, Anne memberitahu sebagai pelakon mereka hanya ingin memberi fokus menghasilkan sebuah drama adaptasi berkualiti. "Saya rasa kami (barisan pelakon) hanya perlu memberi tumpuan kepada lakonan dan mengikut suasana dan cara kami sendiri. Anne melakonkan watak seorang isteri yang dicurangi suami. "Saya akui orang Thailand mempunyai cita rasa mereka sendiri dalam menerbitkan drama televisyen... Jadi saya rasa The Betrayal mempunyai kekuatannya sendiri," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Ananda tidak menafikan berasa sedikit tertekan dengan tanggungjawab diberikan untuk membintangi drama bersiri popular itu. ARTIKEL BERKAITAN: Bintang 'The World Of The Married' Shim Eun Woo mengaku pernah buli kawan sekolah guna lisan ARTIKEL BERKAITAN: Han Sohee takut lalui alam perkahwinan selepas pegang watak perampas dalam 'The World Of Married' Kata Ananda, dia tidak pernah terfikir untuk dipilih sebagai pelakon utama, lebih-lebih lagi memegang peranan sebagai seorang suami curang. "Saya tidak pernah terfikir menjadi sebahagian daripada projek ini. Saya tidak menyangka ada yang berpendapat bahawa saya sesuai untuk melakonkan watak sebagai suami curang. "Terdapat banyak tekanan dirasai, lebih-lebih lagi drama ini banyak diadaptasi dari beberapa negara luar dan ia begitu diterima ramai... Wajarlah sekiranya saya merasakan tekanan itu," katanya. Ananda mengakui sedikit tertekan dengan peranan yang dibawa. The Betrayal mengisahkan tentang Dr. Janepitcha (lakonan Anne), seorang doktor psikiatri yang juga seorang isteri dan ibu yang penyayang. Kehidupan sempurnanya hancur ketika dia mulai curiga terhadap kelakuan suaminya iaitu Athin (lakonan Ananda) yang didakwa berlaku curang. The Betrayal yang disiarkan di platform penstriman digital Viu Malaysia sudah sampai ke episod minggu akhir pada 11 dan 12 Oktober ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!