suria

Sikit pun tak cemburu! Inara Rusli tidak terkejut Virgoun sudah jumpa pengganti

Inara tidak terkejut khabar Virgoun sudah bertemu pengganti.

ISTERI kepada penyanyi Virgoun tidak terkejut apabila mengetahui khabar angin suaminya sudah bertemu pengganti meskipun mereka belum sah bercerai.

Inara berkata dia sudah lama mengetahui khabar percintaan suaminya itu, namun sama sekali tidak mencemburui hubungan tersebut.

Dia juga tidak terkejut dengan perkara itu memandangkan sudah mengenali sikap sebenarnya suaminya.

Inara

Inara dedah dirinya mengenali wanita tersebut.

"Biasalah... bukan satu mengejutkan. Saya tidak menyesal bukan? Kita tidak boleh memaksa semua orang berada terus dengan kita.

"Sejauh mana rasa cemburu? Jangan fokus perkara itu tapi fokus perkara lain," katanya memetik Detik Hot.

Bukan itu sahaja, Inara juga memaklumkan dia mengenali wanita yang menjadi pengganti dirinya itu.

Jelasnya wanita berkenaan pernah menjadi seorang aktres malah dia juga menyukai aktiviti sukan permotoran.

ARTIKEL BERKAITAN: Inara Rusli dituduh seorang yang garang, pembantu rumah bertukar 50 kali

ARTIKEL BERKAITAN: Inara Rusli dituduh jalin hubungan sulit dengan peguam, digelar tiada maruah - “Saya masih isteri Virgoun”

"Saya pernah jumpa dia sekali dua. Masa itu semasa pengurus saya memberi saya kerja untuk sebuah rancangan.

"Kali kedua saya bertemu dia di tempat pemain bass tapi saya tidak begitu mengenai wanita tersebut," kongsinya.

Konflik rumah tangga Virgoun dan Inara masih berlarutan selepas penyanyi itu memfailkan cerai pada Mei lalu.

Pasangan ini berkahwin pada 2014 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain