PENYANYI Jungkook menyangkal dakwaan dia sudah mempunyai teman wanita seperti yang sedang heboh diperkatakan ketika ini. Jungkook, 27, sebaliknya memberitahu tumpuannya kini adalah terhadap urusan kerja dan belum terfikir mencari teman istimewa. Anggota kumpulan BTS itu juga meminta peminat menghentikan sebarang spekulasi berkaitan isu dia sudah mempunyai teman wanita. "Saya membaca banyak komen tentang perkara ini dan ingin menegaskan saya tiada teman wanita... Saya tidak bercinta dengan sesiapa. Jungkook akui kerjaya menjadi keutamaan. "Saya hanya mahu fokus kepada karier dan belum terfikir ke arah bercinta. Berhenti bercakap mengenai perkara ini," katanya. Jungkook menjelaskan hal tersebut dalam satu sesi siaran langsung di laman sosial miliknya. Sementara itu penyanyi itu turut menyampaikan penghargaan buat kelompok peminat BTS yang dikenali sebagai Army. ARTIKEL BERKAITAN: Kelibat wanita hamil dalam rumah Jungkook jadi tanda tanya, ada pula kata video suntingan ARTIKEL BERKAITAN: Impian T.O.P ke bulan tinggal mimpi, roket SpaceX milik Elon Musk belum siap Bagi Jungkook, Army adalah teman istimewa buat dirinya yang juga dianggap sebagai kekasih. "Jangan risau, saya hanya ada Army sekarang ini. Army adalah kekasih saya," jelasnya. Sebelum ini timbul spekulasi tentang hubungan cinta Jungkook selepas tersebat gambar seorang wanita hamil yang dikatakan berada di rumah penyanyi itu. Netizen turut menjalankan siasatan dan mendapat perabot dalam gambar berkenaan sama seperti milik Jungkook. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!