suria

Sakit perut teruk sampai masuk hospital, Lee Je Hoon terpaksa berehat seminggu

Lee Je Hoon disahkan menghidapi kolitis iskemia,

AGENSI pengurusan artis Company On memberitahu aktor naungannya iaitu Lee Je Hoon dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit perut teruk pada Ahad lalu.

Menurut laporan media Korea, Je Hoon disahkan menghidap Ischemic Colitis dan perlu menjalani pembedahan kecemasan.

Pembedahan yang dilakukan itu berjaya dan keadaan Je Hoon dilaporkan semakin baik.

size NP (4)

Lee Je Hoon perlu berehat seminggu selepas melakukan pembedahan.

Pelakon utama Taxi Driver itu mungkin perlu menerima rawatan di hospital selama kira-kira seminggu.

Justeru itu, dia tidak dapat menghadiri majlis perasmian Festival Filem Antarabangsa Busan ke-28 yang ditetapkan untuk menjadi hos bersama Park Eun Bin pada 4 Oktober 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Je Hoon bukan ‘buaya’, cari kekasih tahu hormat orang tua

Park Eun Bin kini akan mengacarakan acara itu sebagai pengacara solo.

Selain itu, Lee Je Hoon tidak dapat menghadiri Anugerah Filem Buil 2023 pada Khamis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain