suria

IU terima ancaman bunuh, pihak pengurusan tambah ‘bodyguard’ kawal keselamatan

Kawalan keselamatan terhadap IU diperketatkan.

PELAKON dan penyanyi IU dilaporkan menerima ancaman bunuh yang menakutkan.

Allkpop melaporkan, syarikat pengurusan pelakon berkenaan iaitu EDAM Entertainment telah melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

iu - 1

IU menerima pelbagai ancaman bunuh yang teruk.

Wakil syarikat pengurusan itu juga sudah meminta pihaknya untuk memberi pengawasan ketat terhadap IU termasuk menambah bilangan pengawal keselamatan.

"Baru-baru ini, tahap keganasan yang berlaku terhadap IU telah melampui batas. IU menerima ancaman bunuh dan kami sudah menghantar pihak berkuasa untuk mengawasi bangunan EDAM Entertainment, bangunan Kakao Entertainment dan kediamannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi bercuti di Jepun, Lee Jong Suk akhirnya mengaku bercinta dengan IU

ARTIKEL BERKAITAN: IU hantar tiga trak kopi di set penggambaran, peminat tersenyum baca komen 'sweet' Park Seo Joon

"IU kini sedang sibuk dengan jadual penggambaran dan pihak berkuasa sudah membuat siasatan dan mengesahkan bahawa semuanya berada dalam keadaan selamat.

"EDAM akan terus mengambil langkah tambaha dengan menambah bilangan pengawal keselamatan untuk artis berkenaan," katanya.

Disebabkan insiden yang berlaku, ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat dan boleh mencetuskan perhatian negatif terhadap keselamatan pelakon drama Hotel Del Luna itu.

Bagaimanapun, pihak EDAM mengambil langkah untuk memaklumkan perkara ini kepada umum bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kelak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain