suria

Bapa gantung Arya Saloka sebab nakal sangat, diikat sendirian di pondok tengah malam

Arya akui dirinya nakal waktu kecil.

GARA-GARA sikap nakal ketika kecil, pelakon Arya Saloka pernah digantung oleh bapanya sendiri.

Berkongsi pengalaman tersebut, kata Arya, 32, bapanya mengikat tangannya dengan tali pinggang sebelum bertindak menggantung atas satu kesalahan yang tidak diingatinya.

"Sikap nakal saya sukar digambarkan. Saya pernah digantung oleh bapa. Tangan saya diikat dengan tali pinggang karate.

arya saloka 1

Arya tidak malu berkongsi kenalan waktu kecil.

"Kisah ini benar-benar terjadi kepada saya," katanya dalam satu temu bual.

Tidak hanya satu kejadian itu sahaja, Arya juga pernah diikat di sebuah pondok di hadapan rumah dan ditinggalkan sendirian.

Bapanya berbuat demikian kerana ketika itu dia suka mengusik adik-beradik yang lain sehingga menyebabkan mereka menangis.

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna trauma dengan lelaki, sedar hanya ‘alat’ demi kepentingan diri

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon senior jatuh miskin terpaksa tinggal dalam hutan, dedah 3 tahun berkawan dengan puntianak

"Saya usik adik-beradik saya sehingga mereka menangis. Ayah ikat saya di sebuah pondok di waktu malam," jelasnya.

Dalam pada itu pelakon berkenaan menganggap semua tindakan bapanya itu sebagai satu pengalaman yang banyak mengajar untuk dia kenal diri supaya tidak mengulangi perbuatan sama.

"Bapa saya tidak pernah memukul atau menjerit marah. Dia akan terus ambil tali pinggang untuk ikat sekiranya saya tidak mendengar kata," ceritanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain