suria

Terpalit kes dadah, banyak projek babitkan Lee Sun Kyun kena batal

Penganjur bimbang Lee Sun Kyun beri kesan negatif.

PELAKON Lee Sun Kyun terpaksa menanggung padah apabila isu penyalahgunaan dadah menjejaskan namanya di dalam industri hiburan.

Ini termasuklah pembatalan tayangan filem Parasite di festival filem yang akan diadakan oleh Lotte Cinema tidak lama lagi.

KBIZoom melaporkan Festival Filem Anniversary Festa itu diadakan dari Oktober sehingga November depan dan akan menampilkan beberapa filem popular.

1111111

Nama Lee Sun Kyun buruk selepas terlibat dengan dadah.

Malah Parasite juga akan ditayangkan secara langsung di festival berkenaan namun terpaksa ditarik semula.

Ia kerana Lee Sun Kyun yang melakonkan watak utama di dalam fiem berkenaan terlibat dalam penyalahgunaan dadah sekal gus bimbang memberi kesan negatif.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon filem ‘Parasite’ Lee Sun Kyun ditahan atas tuduhan salah guna dadah

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat! Son Ye Jin, Lee Sun Gyun bakal bintangi filem Hollywood bersama aktor 'Avatar'

Sebelum ini, Lee Sun Kyun dilaporkan terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan telah ditahan pihak polis di sebuah kelab malam di Gangnam, Seoul, Korea Selatan.

Kes berkenaan dilaporkan sedang berada dalam siasatan.

Selain Lee Sun Kyun, penyanyi G-Dragon juga terlibat dengan kontroversi yang sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain