SUSULAN menerima banyak ugutan, penyanyi Eric Lam bertindak membatalkan persembahan di Kuala Lumpur yang dijangka bakal diadakan pada 20 Februari tahun hadapan. Keputusan tersebut dibuat selepas memikirkan soal keselamatan dirinya bersama pasukan apabila tiba di negara ini nanti. "Saya menerima ugutan berkaitan jadual persembahan di Kuala Lumpur. Demi langkah waspada untuk peminat dan juga pasukan, saya mengambil keputusan sukar untuk membatalkan persembahan tersebut," katanya. Eric tidak menyokong keganasan. Eric, 35, menulis perkara tersebut di laman X miliknya selepas ramai mengecam tindakannya meletakkan tanda 'like' pada satu hantaran berhubung tindakan serangan tentera Hamas terhadap Israel. Menjelaskan hal tersebut, Eric juga bertegas dalam menentang keganasan yang sedang berlaku dan dia sekadar memberi reaksi terhadap isu Palestin. "Saya like hantaran tersebut kerana menunjukkan sikap anti keganasan, anti kebencian dan saya menentang ketidakadilan. ARTIKEL BERKAITAN: Terpalit kes dadah, banyak projek babitkan Lee Sun Kyun kena batal ARTIKEL BERKAITAN: G-Dragon tidak tahu dipanggil polis, sedia buat ujian air kencing isu ambil dadah "Ia sebagai reaksi apabila mendapat tahu berita yang menyedihkan itu sebagai seorang yang bersikap pro kemanusian, pro keamanan dan keadilan untuk semua," ujarnya. Dalam masa sama penyanyi ini juga dilihat bersikap natural tanpa memilih mana-mana pihak sama ada Palestin atau Israel. "Hati saya hancur melihat keluarga rakyat Palestin dan Israel yang dibunuh akibat keganasan. Tiada apa yang boleh saya katakan kerana mereka kini menderita. "Setiap hari saya berdoa mereka akan aman dan selamat dalam masa terdekat," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!