suria

Taylor Swift dan Travis Kelce sedang ‘mabuk cinta’, rancang ada anak tahun depan

Taylor Swift dan Travis sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta.

HUBUNGAN antara penyanyi Taylor Swift bersama kekasihnya Travis Kelce semakin erat.

Kedua-dua mereka dilaporkan telah membincangkan masa depan mereka dan mempunyai rancangan untuk mempunyai anak.

Memetik laporan daripada majalah Life & Style, Travis berkata dia mahu mempunyai anak pada tahun depan.

NP (3)

Taylor Swift rancang nak ada anak tahun depan bersama Travis.

Tambah pula, selepas Taylor dan kekasihnya itu menjalinkan hubungan cinta, penyanyi itu merasakan Travis adalah lelaki yang ditunggu-tunggu olehnya.

Sebelum ini difahamkan Taylor menyewa sebuah restoran untuk berdua-duaan selepas hadir menyaksikan pertandingan bola sepak di Kansas City Chiefs yang diketuai oleh Travis.

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift dah jumpa cinta baharu, ‘dating’ senyap-senyap dengan pemain bola sepak Travis Kelce

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift sewa restoran, mahu berdua-duaan dengan Travis Kelce

Untuk rekod, sebelum menjalinkan percintaan yang dikhabarkan dengan bintang NFL itu, Taylor telah dikaitkan dengan Matty Healy selepas perpisahannya dengan teman lelaki lama Joe Alwyn.

Dia dan pelakon "Harriet" bersama selama enam tahun sebelum memutuskan untuk berhenti pada awal 2023.

Sementara itu, Travis juga baru putus cinta setelah menjalinkan hubungan selama lima tahun bersama model Kayla Nicole.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain