suria

Selepas G-Dragon dan Lee Sun Gyun, 2 anggota BTS pula dituduh terlibat penyalahgunaan dadah

Dua daripada anggota BTS dituduh terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

SELEPAS penyanyi G-Dragon dan pelakon Lee Sun Gyun dituduh terlibat dalam penyalahgunaan dadah timbul pula dakwaan kumpulan BTS turut terlibat dalam kancah sama.

Gosip mula bertebaran mengatakan dua anggota kumpulan terkenal itu menggunakan dadah sehingga membuatkan ramai berang dengan laporan tersebut.

Hybe yang merupakan syarikat pengurusan BTS bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut malah menafikan dua anggota kumpulan itu ada berkunjung ke sebuah kelab hiburan di mana tempat golongan selebriti mengambil dadah.

BTS 1

Syarikat pengurusan menyangkal dakwaan terdapat ahli BTS terlibat dengan kes tersebut.

"Gosip berkenaan sama sekali tidak benar, BTS tidak pernah terlibat dalam dengan aktiviti terlarang itu atau berkunjung kelab yang dinyatakan," ujarnya.

Dalam pada itu, syarikat pengurusan berkenaan turut mengambil serius terhadap tuduhan itu dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpalit kes dadah, banyak projek babitkan Lee Sun Kyun kena batal

ARTIKEL BERKAITAN: G-Dragon dipanggil polis, siasat berhubung penyalahgunaan dadah

Malah peminat yang dikenali sebagai Army turut mendesak pihak pengurusan BTS mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat fitnah terhadap mereka.

Jelas mereka, tuduhan itu bukan sahaja serius malah boleh merosakkan nama baik mereka dalam kalangan peminat di seluruh dunia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain