PELAKON Lee Da In dilaporkan sedang hamil anak pertama selepas mendirikan rumah tangga dengan aktor Lee Seung Gi pada April lalu. Berita gembira itu disahkan oleh pihak pengurusan Da In iaitu Human Made menerusi satu kenyataan akhbar kepada media pada Rabu. "Lee Seung Gi dan Lee Da In sedang menanti kelahiran anak pertama mereka pada tahun depan. Lee Da In dijangka terima bayi pertama pada Februari 2024. "Kami berharap anda semua mendoakan buat pasangan ini," kata kenyataan media berkenaan. Meskipun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kehamilan tersebut, Da In dan Seung Gi dilaporkan bakal menimang bayi perempuan. ARTIKEL BERKAITAN: Lee Da In tergesa-gesa kahwin Lee Seung Gi bukan sebab sudah hamil ARTIKEL BERKAITAN: Lee Seung Gi sah jadi suami Lee Da In, tangguh bulan madu sebab sibuk kerja Malah Da In dijangka bakal bersalin pada Februari tahun depan dan kandungannya sudah memasuki trimester kedua. "Ketika ini Da In sudah mula memperlahankan karier seni dan fokus kepada kehamilannya dan dijangka bersalin pada Februari 2024," kata sumber. Seung Gi dan Da In mendirikan rumah tangga pada 7 April lalu di sebuah hotel di daerah Gangnam selepas hampir tiga tahun bercinta. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!