TUNANG mendiang Aaron Carter memfailkan saman terhadap seorang doktor dan ahli farmasi atas dakwaan menyebabkan kematian penyanyi itu pada November tahun lalu. Melanie Martin mengemukakan saman tersebut bagi pihak anak lelaki mereka iaitu Prince yang baru berusia 2 tahun. People melaporkan dokumen tuntutan itu menyebut doktor terbabit memberikan ubat kepada Aaron tidak mengikut spesifikasi yang betul sehingga meragut penyanyi Aaron. Aaron ditemukan sudah tidak bernyawa di dalam tab mandi. Selain itu, bekalan ubat yang diterima juga tidak konsisten sedangkan pihak hospital sedia maklum akan masalah kesihatan mental dihadapi adik kepada anggota Backstreet Boys itu. Aaron atau Aaron Charles Carter ditemui tidak bernyawa di dalam tab mandi di kediamannya di Lancaster, California, Amerika Syarikat pada 5 November tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Adik kepada penyanyi Backstreet Boys, Aaron Carter meninggal dunia pada usia 34 tahun ARTIKEL BERKAITAN: Twit terakhir Aaron Carter mahu jumpa Kanye West jadi tanda tanya Mendiang meninggal dunia pada usia 34 tahun. April lalu laporan perubatan menyebut kematian Aaron berpunca daripada lemas selepas dia mengambil ubat jenis alprzolam untuk merawat masalah anxiety. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!