PELAKON Angelina Jolie akhirnya bersuara memberi tanda sokongan terhadap bumi Palestin dan menuntut keadilan terhadap masyarakat di Semenanjung Gaza yang dizalimi zionis Israel. Angelina, 48, berkata, tindakan pemimpin negara yang tidak menyokong genjatan senjata disifatkan sebagai perbuatan jenayah. "Tindakan enggan membenarkan genjatan senjata dan membenarkan kezaliman terhadap satu pihak (Palestin), pemimpin dunia terlibat dalam jenayah ini," katanya. Angelina berkongsi perkara itu selepas Zionis bertindak zalim dengan mengebom sebuah kem pelarian di Gaza baru-baru ini. Angelina mahu derita masyarakat Gaza segera dihentikan. Pelakon ini turut meluahkan rasa simpati susulan tragedi yang mengorbankan banyak nyawa termasuk kanak-kanak dan golongan wanita. "Ini adalah satu pengeboman yang disengajakan di kawasan di mana mereka tidak boleh lari ke tempat lain. Gaza menjadi penjara terbuka hampir dua dekad dan kini menjadi kubur besar-besaran. "Berjuta rakyat Palestin dihukum tanpa perikemanusiaan, kekurangan makanan, bekalan ubat dan bantuan kemanusiaan. ARTIKEL BERKAITAN: Terima ugutan sebab ‘like’ sokong Israel, Eric Nam batal konsert di KL ARTIKEL BERKAITAN: Terima ratusan ugutan bunuh, nyawa keluarga dalam bahaya... Bella Hadid tak berganjak sokongan terhadap Palestin "40 peratus yang terbunuh adalah kanak-kanak tidak berdosa," jelasnya. Hantaran yang dimuat naik oleh Angelina itu mendapat sokongan banyak pihak selepas dia menerima kecaman gara-gara bersikap natural terhadap isu Palestin-Israel sejak 7 Oktober lalu. Dala perkongsian sebelum ini, Angelina juga pernah menyebut rasa belas kasihan terhadap mangsa perang di Israel. Tindakannya itu menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak kerana dia sendiri cukup terkenal sebagai selebriti yang memperjuangkan keamanan serta nasib pelarian. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!