suria

Akaun Weibo Lisa Blackpink kena sekat, peminat percaya ada kaitan kemunculan dalam ‘Crazy Horse’

Akaun Weibo Lisa sudah dipadam selepas didakwa melanggar undang-undang.

AKAUN media sosial Weibo milik anggota kumpulan Blackpink iaitu Lisa tiba-tiba lesap.

Kehilangan akaun berkenaan disedari peminat di China selepas Lisa muncul dalam program Crazy Horse di Paris.

Peminat kumpulan berkenaan meluahkan rasa terkejut apabila mendapati akaun Weibo sudah dipadamkan atas dakwaan melanggar undang-undang dan perjanjian komuniti Weibo.

Akaun Weibo Lisa telah dipadam.

Lisa mempunyai jutaan pengikut di akaun Weibo.

Susulan itu, peminat percaya akaun tersebut dipadam kerana Lisa muncul membuat persembahan menerusi program tersebut.

Ia susulan program tersebut mempromosikan persembahan tidak senonoh dan kerajaan China memandangkan serius penyebaran perkara tidak bermoral di Weibo.

ARTIKEL BERKAITAN: Selulit Lisa Blacpink jadi bualan, perasaan ‘insecure’ peminat terus hilang - “Dia juga manusia biasa”

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink naik bot dengan bos Tag Heuer, makan angin sekitar Bangkok ditemani ibu bapa

Kerajaan di China memang terkenal tegas berhubung penggunaan internet termasuk laman sosial seperti Facebook, Instagram dan YouTube.

Disebabkan itu, China memperkenalkan aplikasi Weibo selepas Facebook disekat di negara tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain