suria

Dua tahun jalin hubungan cinta, Channing Tatum dan Zoe Kravitz bertunang

Channing Tatum dan Zoe Kravitz dilaporkan sudah mengikat tali pertunangan.

PELAKON Channing Tatum dilaporkan sudah mengikat tali pertunangan dengan teman wanitanya yang juga aktres Zoe Kravitz baru-baru ini.

Berita pertunangan pasangan itu mula tersebar selepas Zoe dilihat memakai cincin pertunangan di jari manisnya dan dikatakan bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Zoe dilihat memakai cincin pertunangan selepas pasangan itu muncul dalam sebuah parti Halloween dengan menggayakan tema filem seram Rosemary's Baby.

Channing Tatum dan Zoe Kravitz dilaporkan sudah bertunang.

Channing dan Zoe muncul dalam sebuah parti Halloween pada 31 Oktober lalu.

Anak kepada penyanyi Lenny Kravitz itu muncul dalam kostum Rosemary Woodhouse manakala Channing pula sebagai anaknya.

Pasangan itu pertama kali bertemu ketika penggambaran filem pertama arahan Zoe iaitu Pussy Island.

Bagaimanapun Zoe, 34, hanya mendedahkan hubungan dengan Channing, 43, pada November tahun lalu ketika wawancara bersama majalah GQ.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu staf nak bermadu dengan suami selesai, ujian buat Aisyah Hijanah dan Alif Teega kukuhkan perkahwinan

ARTIKEL BERKAITAN: Nama kena petik kaki kikis duit wanita, fitnah jahanamkan karier Taufiq Hanafi

Untuk rekod, Channing pernah berkahwin dengan Jenna Dewan pada 2009 namun mereka bercerai 10 tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai seorang anak perempuan yang kini berusia 10 tahun.

Zoe pula pernah berkahwin dengan aktor Karl Glusman pada 2019 namun berpisah tiga tahun kemudian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain