suria

Jefri Nichol hampir nikah muda, sekarang takut pula nak kahwin

Jefri tidak mahu berfikir soal kahwin dalam masa terdekat.

PELAKON Jefri Nichol memberitahu dia hampir bernikah dengan bekas kekasihnya ketika dia baru berusia 20 tahun.

Malah sebagai persediaan menjalani hidup rumah tangga pada waktu itu, Jefri, 24, sudah mencari rumah baharu untuk tinggal selepas bernikah.

Bagaimanapun impian ke jenjang pelamin tidak kesampaian dan hubungan mereka berakhir sebelum sah bergelar suami isteri.

jefri nichol 2

Jefri batalkan pernikahan dengan bekas kekasih selepas kena tipu.

"Saya pernah hampir nikah. Saya sudah mencari rumah baru.

"Dia (bekas kekasih) tidak sepadan dengan saya," katanya dalam satu temu bual.

Pelakon itu dalam satu temu bual lain sebelum ini pernah mendedahkan kisah sama atas alasan ditipu oleh wanita berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sengaja dedah maklumat peribadi ‘haters’ di media sosial, Jefri Nichol berdepan tindakan saman

ARTIKEL BERKAITAN: Panggilan video jadi perhatian, netizen syak cinta Little Miss Khan dan aktor Indonesia Jefri Nichol kembali terjalin

Tidak menjelaskan secara terperinci, namun Jefri memberi bayangan ada satu pembohongan yang sukar untuk diterima sehingga dia terpaksa memutuskan hubungan mereka.

Selepas melalui episod sedih itu, Jefri memberitahu dia kini tidak meletakkan sebarang perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

"Saya belum sedia untuk bernikah. Saya jadi takut, kos hidup sekarang semakin tinggi. Banyak wang untuk belanja," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain