PENYANYI Taemin SHINee dikecam peminat apabila ramai meluahkan rasa kurang senang dengan album terbaharunya berjudul Guilty. Luahan itu disebabkan ramai terkejut dengan foto-foto ditampilkan dalam album berbentuk fizikal yang didakwa tidak bersesuaian dan mempamerkan unsur lucah. Peminat turut meluahkan kekecewaan itu di laman X yang terkejut apabila terdapat foto mempamerkan Taemin sedang berbaring di atas katil sebuah motel. Peminat anggap Taemin berlebih dalam berkongsi foto di album. Bukan itu sahaja, netizen turut mempersoalkan gambar seluar dalam di atas lantai yang turut dipaparkan dalam booklet album tersebut. Tidak hanya itu, foto Taemin sedang menggulum seketul ais sambil memasukkan jari tengah ke dalam mulut membuatkan peminat berasa jijik. ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez kecil hati netizen sindir berat badannya, kerap menangis dalam bilik ARTIKEL BERKAITAN: Mengadu dapat ancaman bunuh, Selena Gomez minta netizen henti buli Hailey Bieber Malah ada di antara mereka menyifatkan kandungan dalam album tersebut seperti bahan lucah. "Apabila membuka booklet album itu, anda akan bertentang mata dengan seorang budak lelaki melalui lubang intip. Taemin kongsi gambar seluar dalam. "Budak itu sedang berbaring di atas katil motel. Adakah dia sudah gila?," komen netizen. Walaupun ada mempertahankan ia sebagai konsep estetik tetapi netizen tetap dengan pendirian kandungan dalam booklet album itu melampaui batas. Guilty adalah album mini keempat yang dilancarkan Taemin pada 30 Oktober lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!