PELAKON Jung Joo Yeon memutuskan untuk bercerai dengan suaminya hanya selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.Berita sedih itu disahkan oleh syarikat pengurusan Joo Yeon iaitu Never Die Entertainment pada Sabtu. Menurut kenyataan media dikeluarkan agensi berkenaan, Joo Yeon dan bekas suaminya berpisah sejak Oktober lalu.Joo Yeon hanya sempat menikmati manis perkahwinan selama enam bulan. Susulan perpisahan itu, mereka memutuskan untuk memfailkan penceraian."Berita penceraian itu benar, Joo Yeon dan suami bersetuju menamatkan perkahwinan mereka," kata kenyataan berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Booklet album Taemin SHINee macam buku lucah! Peminat kecam aksi berahi atas katil, foto ‘spender’ atas lantaiARTIKEL BERKAITAN: Akaun Weibo Lisa Blackpink kena sekat, peminat percaya ada kaitan kemunculan dalam ‘Crazy Horse’Disebabkan perkahwinan itu tidak didaftarkan secara rasmi, pasangan itu dilaporkan tidak perlu melalui prosiding penceraian yang sah.Untuk rekod, Joo Yeon, 34, mendirikan rumah tangga dengan suami yang tidak didedahkan identitinya pada Mac lalu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!