suria

Pendedahan bekas kekasih buat Victoria tak senang duduk, upah peguam henti Rebecca Loos terus buka mulut

Victoria enggan kisah kecurangan suaminya terus jadi bualan.

ENGGAN kisah kecurangan David Beckham terus jadi bualan ramai, penyanyi dan usahawan Victoria Beckham dilaporkan meminta suaminya itu menghubungi bekas kekasih gelapnya secara peribadi.

Sumber terdekat pasangan itu memberitahu Victoria sebenarnya terkejut dengan pendedahan Rebecca Loos susulan penyiaran dokumentari Beckham's di Netflix.

Katanya Victoria tidak menyangka Rebecca masih menyimpan dendam terhadap mereka sehingga mendedahkan pelbagai butiran yang tidak diketahuinya.

vic

Rebecaa dan David berbincang secara peribadi?

"Victoria tahu Rebecca seorang wanita yang berbahaya. Jadi dia bimbang apa yang akan berlaku seterusnya," sumber itu memberitahu Geo TV.

Malah pasangan berkenaan juga telah menghubungi peguam mereka untuk berbincang mengenai perkara ini.

Victoria dan David dipercayai cuba untuk menghentikan Rebecca daripada terus membuka mulut demi menjaga reputasi keluarga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih gelap dakwa David Beckham curang, seludup model Sepanyol dalam bilik hotel

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mengaku pernah curang, kekasih gelap minta David Beckham berhenti menipu

"Pada ketika ini, Victoria terdesak untuk melakukan apa sahaja bagi mengelakkan pendedahan skandal selanjutnya.

"Dia juga telah memberitahu David untuk menghubungi Rebecca secara peribadi untuk berdamai," ujarnya.

Sebelum ini, Rebecaa Loos membuka mulut mengenai percintaannya dengan David selepas bekas pemain kelab Manchaster United itu menyangkal dakwaan mereka pernah menjalinkan hubungan terlarang sekitar 2002.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain