SEORANG wanita memfailkan saman terhadap vokalis Aerosmith, Steven Tyler atas dakwaan melakukan serangan seksual. Menurut wanita bernama Jeanne Bellino, kejadian tersebut berlaku sekitar tahun 1975 di mana ketika usianya 17 tahun. Kata Jeanne, dia bertemu dengan Tyler selepas pertunjukan fesyen dan mereka berjalan di bandar New York dengan beberapa orang kenalan mereka. Tyler bagaimanapun telah menolaknya masuk ke dalam pondok telefon selain menjilat leher, meraba tubuh dan menindihnya di dinding pondok berkenaan. Dua wanita memfailkan saman terhadap Tyler. Apa yang mengecewakan dirinya apabila kenalan yang turut melihat kejadian tersebut hanya sekadar memerhati dan ketawa tanpa memberi bantuan. "Tyler telah menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk perkara ini," katanya peguam wanita tersebut. Disebabkan kejadian tersebut, Jeanne yang berusia 60 tahun memerlukan ubat untuk mengatasi trauma akibat serangan seksual berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Steven Tyler Pakai Baju Anak Perempuan ARTIKEL BERKAITAN: Kisah Hidup Steven Tyler Bakal Difilemkan Lebih mengeruhkan keadaan apabila seorang lagi mangsa dikenali sebagai Julia Misley turut mendakwa penyanyi tersebut atas dakwaan yang sama. Dalam kenyataannya, Julia memberitahu dia menghamilkan anak Tyler namun penyanyi berkenaan memintanya untuk menggugurkan kandungannya. Tyler bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Ikuti kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!