suria

Vixx umum ‘comeback’ tapi peminat serang N pula... Dikecam pentingkan diri

N ambil keputusan untuk fokus kerjaya solo.

KEPUTUSAN anggota Vixx iaitu N untuk tidak menyertai semula kumpulan itu menerima kecaman ramai peminat.

Ramai yang menganggap N atau Cha Hak Yeon, 33, lebih mementingkan kerjaya peribadi sedangkan peminat sudah lama menanti mereka kembali bergabung selepas tiga tahun tanpa lagu baharu.

"Ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dari seorang ketua kumpulan.

vixx

Tiga anggota Vixx tampil dengan lagu baharu tanpa N.

"Lebih baik dia tinggalkan sahaja kumpulan daripada terus buat peminat ternanti-nanti.

"Leo dan Ken juga sibuk dengan jadual masing masing-masing. Namun saya tidak tahu kenapa N tidak sertai Vixx kembali," komen peminat.

Kecaman tersebut diterima selepas N secara terbuka menulis surat memaklumkan keputusannya itu.

Dalam kenyataan tersebut N tidak menyatakan alasan dia berbuat demikian namun berjanji akan terus memberi sokongan terhadap tiga lagi anggota Vixx iaitu Leo, Ken dan Hyuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Booklet album Taemin SHINee macam buku lucah! Peminat kecam aksi berahi atas katil, foto ‘spender’ atas lantai

ARTIKEL BERKAITAN: Akaun Weibo Lisa Blackpink kena sekat, peminat percaya ada kaitan kemunculan dalam ‘Crazy Horse’

"Saya mengambil masa yang lama berbincang dengan semua anggota dan akhirnya membuat keputusan tidak boleh kembali sebagai ketua kumpulan Vixx.

"Saya bimbang jika keputusan ini juga memberi beban kepada anggota Vixx kerana peminat sudah lama menantikan kemunculan kami.

"Saya tidak akan lupakan asal usul saya bersama Vixx. Saya akan sentiasa menyokong perjalanan mereka dan harap lebih banyak kenangan bakal tercipta bersama," katanya kepada kelab peminat yang dikenali sebagai Starlights.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain