TIADA angin tiada ribut penyanyi Lisa Blackpink dikhabarkan sudah berpisah dengan usahawan terkaya iaitu Frederic Arnault. Meskipun pasangan berkenaan tidak pernah mengakui hubungan mereka namun kisah perpisahan mereka sudah mula menjadi bulan ramai. Ia susulan sebuah portal melaporkan kekecewaan Frederic terhadap persembahan Lisa di Crazy House pada September lalu. Malah Frederic juga dikatakan mula menjauhkan diri daripada Lisa sejak persembahannya di kelab kabaret itu. Sebelum ini, Frederic memberi reaksi dingin kepada beberapa peminatnya yang bertanya mengenai Lisa sewaktu mengunjungi China bagi tujuan perniagaannya. Namun masih belum ada kesahihan mengenai dakwaan tersebut memandangkan YG Entertaiment juga tidak pernah mengesahkan hubungan percintaan pasangan itu. ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink naik bot dengan bos Tag Heuer, makan angin sekitar Bangkok ditemani ibu bapa ARTIKEL BERKAITAN: Hanya gambar IG, peminat jumpa petunjuk hubungan Lisa dan bos Tag Heuer Sebelum ini, timbul dakwaan Lisa sedang menjalin hubungan cinta dengan Frederic kerana mereka berkawan rapat sejak tahun lalu lagi. Frederic pernah dilihat menghadiri konsert Blackpink yang diadakan di Paris sehingga menimbulkan lebih banyak spekulasi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!