suria

Nasib malang pelakon sinetron... Ibu paksa kahwin, abang pula tamak harta, hidup dilayan seperti mesin ATM

Eza kini lebih tenang tanpa kawalan ibu bapanya.

PELAKON sinetron Eza Gionino berkongsi pengalaman hidupnya berdepan kemelut keluarga sehingga memaksanya melarikan diri daripada rumah.

Kata Eza, 33, ibunya memberikan layanan kurang baik semasa berada di rumah dan pernah memaksa dia bernikah dengan wanita bukan pilihan hati.

Malah pelakon ini turut mendedahkan dia terpaksa menanggung hidup keluaga hasil pendapatan dunia seni.

eza sinetron 2

Eza lalui hidup sukar bersama ibu bapa sendiri.

"Saya merasakan tidak pernah dianggap seperti seorang anak. Mereka anggap saya seperti mesin ATM. Saya hanya diperlukan untuk mencari duit.

"Ibu pernah memaksa saya bernikah dengan calon pilihannya. Dia beri dua kata putus sama ada saya setuju dan duit dibahagi dua atau saya lari dari rumah," cerita.

Tidak tahan dengan desakan ibu, Eza nekad keluar dari rumahnya dan memulakan hidup baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol hampir nikah muda, sekarang takut pula nak kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon senior jatuh miskin terpaksa tinggal dalam hutan, dedah 3 tahun berkawan dengan puntianak

Bagaimanapun kisah sedih Eza tidak terhenti di situ.

Dia meninggalkan rumah sehelai sepinggang dan semua hartanya dijual oleh abang sendiri.

"Apa sahaja yang saya beli tidak pernah atas nama sendiri. Saya tidak sangka perkara sebegitu akan berlaku.

"Abang saya juga semakin menjauhkan diri selepas mendapat tahu masalah yang berlaku antara saya dan ibu bapa," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain