AHLI kumpulan Blackpink iaitu Rose dikatakan berkawan rapat dengan anak perempuan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Samsung, Lee Jae Yong. Memetik laporan Allkpop, penyanyi itu menghadiri satu acara makan malam dilihat tampil jelita menggayakan rekaan busana mewah. Apa yang menarik perhatian ramai, netizen terpegun apabila melihat Rose duduk di sebelah anak CEO Samsung itu. Rose sering dilihat bersama individu berpengaruh. Menerusi sebuah video tular, penyanyi berkenaan dilihat begitu mesra bergelak tawa bersama anak individu berpengaruh di Korea itu. Malah difahamkan ini bukan pertama kali kelibat Rose dilihat bersama ahli keluarga jenama besar tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Badan kurus kering Rose Blackpink jadi tumpuan, peminat bimbang sampai nampak tulang rusuk ARTIKEL BERKAITAN: Rose Blackpink nyaris dapat malu besar, kancing baju tercabut ketika asyik menyanyi Rata-rata netizen memuji jaringan hubungan yang terbina antara penyanyi itu bersama individu berpengaruh dunia. "Rose nampak seperti orang biasa saja tetapi networking dia sangat besar. "Rose juga pernah diundang untuk menghadiri pelancaran lagu baharu penyanyi Taylor Swift. "Saya rasa kena jadi salah seorang anggota Blackpink untuk keluar bersama ahli keluarga Samsung," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!