SELEPAS empat jam disoal siasat polis serta melalui ujian rambut dan air kencing, penyanyi G-Dragon didapati negatif dalam penggunaan dadah. G-Dragon atau Kwon Ji Yong, 35, memaklumkan perkara itu dalam sesi soal jawab bersama media selepas siasatan polis dilakukan terhadapnya. Malah, ahli kumpulan Big Bang itu turut meminta siasatan lebih menyeluruh dan tepat dilakukan bagi mengetahui keputusan sebenar siasatan tersebut. G-Dragon turut menggesa siasatan menyeluruh dilakukan. "Saya menerima keputusan negatif daripada ujian dadah," katanya. "Saya juga telah membuat permintaan untuk ujian dadah yang lebih komprehensif. Saya berharap pihak penyiasat mengumumkan keputusan itu dengan cepat," katanya. Apabila ditanya sama ada telefon bimbitnya perlu diserahkan kepada polis, penyanyi itu berkata dia tidak perlu melakukannya namun bersedia untuk menyerahkannya sekiranya diperlukan. ARTIKEL BERKAITAN: G-Dragon tidak tahu dipanggil polis, sedia buat ujian air kencing isu ambil dadah ARTIKEL BERKAITAN: G-Dragon dipanggil polis, siasat berhubung penyalahgunaan dadah Sebelum ini G-Dragon dilaporkan telah dipanggil oleh polis atas tuduhan penyalahgunaan dadah. G-Dragon telah dibawa ke Balai Polis Incheon, Korea Selatan namun tiada tahanan dibuat terhadap dirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!