suria

Jessi dilabel samseng sebab imej seksi, pertikai artis lelaki buka baju atas pentas

Jessi terkenal dengan imej seksi ketika mengadkan persembahan pentas.

PENYANYI Jessi menyifatkan sikap double standard terhadap isu pemakaian artis terutamanya dalam kalangan wanita ketika membuat persembahan pentas tidak patut berlaku.

Jessi memberitahu dia hanya berpakaian seksi mengikut kesesuaian acara dan tidak akan sesekali berpakaian mencolok mata jika mengadakan persembahan di hadapan kanak-kanak atau di lokasi seperti universiti.

"Saya memakai pakaian seksi mengikut kesesuaian seperti di acara festival bom air di Seoul.

jess1 - 1

Jessi berpakaian seksi mengikut kesesuaian persembahan.

"Saya tidak akan tampil seksi kalau saya menyanyi di universiti tetapi untuk persembahan bom air saya rasa sesuai," jelasnya.

Jessi berkongsi perkara itu sebagai membidas hos program kStar Next Door 3 iaitu Jonathan yang lantang mengkritik imejnya selain mengelarnya sebagai 'samseng seksi'.

Malah Jonathan turut memaparkan beberapa foto Jessi berpakaian seksi bagi membuktikan dia tidak mempunyai imej yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak hirau bahaya, Jessi sanggup panjat ‘bodyguard’ semata-mata nak peluk peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu seksi! Netizen 'sakit mata' tengok foto Jessi dan HyunA pakai 'hot pants' di tempat awam

Dalam pada itu, Jessi turut menyelar label diberikan kepadanya selain mendakwa selebriti lelaki tidak dikritik meskipun ada di antara mereka tidak berbaju atau melakukan aksi ghairah di atas pentas.

"Kalau artis lelaki tidak berbaju, menunjukkan puting mereka depan penonton tidak mengapa, semua boleh. Inilah masalahnya.

"Mengapa lelaki boleh tetapi tidak wanita? Kenapa wanita tidak boleh berpakaian seksi?

"Ia adalah pakaian yang digayakan di atas pentas. Saya tidak akan berpakaian seperti itu ketika hari biasa," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain