suria

Roowon obses dengan seluar dalam, tapi ada sebab hanya pakai warna hitam

Rowoon tak malu kongsi seluar dalam miliknya.

PENYANYI dan pelakon Roowon mendedahkan dia akan memastikan membawa seluar dalam lebih setiap kali dia perlu ke luar negara.

Roowon atau Kim Seok Woo, 27, berkata, perbuatannya itu bukanlah pelik malah percaya setiap orang akan melakukan perkara sama.

Malah kata Roowon dia akan meletakkan seluar dalam dalam beg kabin sekiranya perlu menaiki kapal terbang bagi memudahkan dia menukarnya.

rowoon

Rowoon berkongsi seluar dalam kegemarannya.

"Siapa yang tak bawa seluar dalam? Tiada ada orang yang tak bawa seluar dalam kalau ke mana-mana.

"Anda perlu membawanya!," katanya menerusi temu bual bersama majalah GQ Korea.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu tinggi, Rowoon SF9 sukar naik kemudahan awam

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! G-Dragon tak ambil dadah, minta polis buat siasatan menyeluruh

Dalam pada itu, anggota kumpulan SF9 itu memberitahu dia obses dengan seluar dalam jenama Calvin Klein.

Manakala sejak dahulu lagi dia cuma akan memakai seluar dalam warna hitam kerana tidak menyukai warna terang.

"Sejak dulu saya memang suka jenama Calvin Klein dan warna hitam adalah kesukaan saya," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain