suria

Jalin hubungan cinta dengan pemuda 23 tahun, Virgoun henti beri wang bulanan kepada ibu

Virgoun henti beri wang bulanan kepada ibunya.

PENYANYI Virgoun bertindak berhenti memberikan wang bulanan kepada ibunya selepas mengetahui wanita itu menjalinkan hubungan dengan seorang pemuda berusia 23 tahun.

Virgoun atau Virgoun Putra Tambunan, 37, bertindak sedemikian kerana tidak bersetuju ibunya menjalinkan hubungan dengan lelaki dikenali sebagai Jordan Ali.

Hubungan mereka terbongkar selepas didedahkan sendiri oleh kakak Virgoun iaitu Febby Carol.

"Virgoun telah berhenti memberikan wang bulanan kepada ibu. Ia semua disebabkan kamu (Jordan).

Virgoun 1

Hubungan Eva dan Jordan ditentang keluarga wanita itu.

"Adakah awak sanggup memberikan wang sebanyak 5 juta rupiah kepada ibu setiap bulan?" soalnya kepada Virgoun.

Febby mendedahkan perkara itu dalam satu hantaran di Instastory miliknya.

Tambah Febby, hubungan yang terjalin itu telah menimbulkan banyak perspektif negatif terhadap keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sikit pun tak cemburu! Inara Rusli tidak terkejut Virgoun sudah jumpa pengganti

ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun tak rancang bawa anak naik pentas lagi, utamakan kesihatan mental selepas diuji kontroversi rumah tangga

Febby menuntut supaya Jordan tidak hanya berdiam diri dan menggesa untuk membuat satu permohonan maaf disebabkan menjalinkan hubungan bersama ibunya.

"Jangan hanya diam sahaja, boleh minta maaf. Keluarga saya dari Sabang sampai ke Merauke sudah berbincang mengenai perkara ini dalam WhatsApp," ujarnya.

Berasa kurang senang akan perkara itu, Febby mendakwa Jordan hanya mengambil kesempatan kerana nama ibunya itu sedang menjadi perhatian netizen.

Febby menyarankan supaya Jordan untuk tidak lagi berhubungan dengan ibu mereka dan mencari wanita lebih kaya berbanding ibunya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain