DIKHABARKAN bakal melangsungkan perkahwinan beberapa hari lagi, penyanyi Bunga Citra Lestari dilihat sudah tidak lagi menggunakan nama bclsinclair di Instagram miliknya pada Jumaat. Menerusi carian di aplikasi berkenaan, Bunga sudah memadam nama keluarga Allahyarham suaminya iaitu Ashraf Sinclair dan menggantikan dengan username baharu iaitu itsmebcl. Tindakan Bunga itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen serta peminat dan rata-ratanya dilihat menyokong penyanyi lagu Cinta Sejati ini untuk meneruskan kehidupan bersama pasangan baharu. Bunga di pusara Allahyarham Ashraf. "Ashraf Sinclair (suami) selalu di hati BCL (panggilan Bunga). BCL hanya ingin meneruskan kehidupan dan dia berhak untuk bahagia," tulis netizen. Sebelum ini, Bunga dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang pernah dikaitkan dengannya iaitu Tiko Wardhana. ARTIKEL BERKAITAN: Tiko Wardhana berjaya tambat hati, petugas pejabat agama dedah Bunga Citra Lestari bakal nikah di Bali ARTIKEL BERKAITAN: Bakal mentua jiran sebelah rumah Bunga Citra Lestari, pejabat agama sudah keluarkan surat sokongan nikah Bunga, 40, dan Tiko yang juga seorang duda dikatakan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 2 Disember ini di sebuah hotel di Bali, Indonesia. Perkara tersebut didedahkan oleh seorang petugas di pejabat agama dikenali sebagai Emma Fatmayani menerusi kenyataan di YouTube Indosiar. Bagaimanapun, sehingga kini penyanyi berkenaan masih lagi belum mengesahkan tentang khabar angin yang tular di media sosial itu. Untuk rekod, Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan. Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 semasa tidur akibat serangan jantung. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!