suria

Susah tidur dan sering sesak nafas, Ashanty rupanya diganggu jin

Ashanty alami sakit kepala dan sukar tidur selepas terima gangguan.

PENYANYI Ashanty berkongsi pengalaman diganggu makhluk halus selepas menjalani rawatan bersama seorang pengamal perubatan Islam bergelar ustaz.

Menceritakan detik dirinya melalui proses ruqyah, Ashanty, 39, berkata dia terbayang wajah seseorang di fikirannya ketika itu.

“Selepas dibacakan doa, saya rasa sesuatu di kepala. Kepala ini rasa seperti kebas di kepala. Selesai proses itu saya rasa lega.

ash

Ashanty jalani rawatan perubatan Islam.

“Saya terbayang muka seseorang bermain di fikiran. Tidak sangka wajah itu yang terlintas di fikiran,” katanya.

Ashanty juga pada awalnya tidak menyangka dia diganggu oleh makhluk halus kerana tujuan asal dia memanggil ustaz berkenaan adalah kerana mahu mengubati masalah sukar tidur.

Malah dia akui selama ini tidak percaya tentang perkara mistik sebegitu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah minta cerai depan anak-anak Anang, Ashanty menyesal sampai sekarang

ARTIKEL BERKAITAN: Ashanty masuk hospital akibat sesak nafas, Anang tak sanggup tengok isteri pakai alat bantuan pernafasan

“Selama ini saya tidak percaya dengan amalan seperti ini. Saya hanya jaga solat untuk melindungi diri.

“Sebelum ini saya mengalami masalah sukar tidur. Ada ketika secara tiba-tiba mahu ketawa dan adakala mahu menangis," ujarnya.

Sementara itu menurut ustaz yang merawat, Ashanty terkena gangguan jin sehingga menyebabkan dia sering sesak nafas.

ashhh

Ashanty anggap ramai yang lalai tentang penyakit Ain.

Malah dia juga merasakan masalah yang dihadapi oleh Ashanty adalah berpunca dari penyakit Ain.

“Ini bukti ada jin. Kalau diganggu dia akan alami sesak nafas dan sukar bernafas.

“Mungkin terkena penyakit ain. Ramai yang lalai akan perkara ini,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain