suria

Makin laris selepas video menari seksi viral, Kwon Eun Bi terima banyak jemputan universiti

Kwon Eun Bin kongsi rahsia yang terdapat dalam persembahannya.

SELEPAS kejayaan di festival Waterbomb yang berlangsung pada Jun lalu, penyanyi Kwon Eun Bi mendedahkan dirinya mendapat banyak jemputan untuk melakukan persembahan.

Ia susulan videonya menari di festival berkenaan mendapat 4.8 juta tontonan.

Kwon Eun Bi berkata sejak Jun lalu dia menerima lebih 30 jemputan untuk melakukan persembahan di festival universiti.

230623-Kwon-Eunbi-at-2023-Waterbomb-Festival-Seoul-documents-1(1)

Persembahan Kwon Eun Bi berjaya dapat tempat di hati peminat.

Undangan tersebut membuatkan dia menjadi sibuk sehingga tiada masa untuk diri sendiri.

"Mungkin kerana saya pakai bikini sebab itu ramai yang tonton video itu. Kalau awak tonton video itu, awak mesti akan faham kenapa ramai yang suka," katanya memetik Radio Star.

Dalam pada itu, Kwon Eun Bi memaklumkan dia berlatih dengan gigih agar setiap persembahannya memuaskan hati penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Jessi dilabel samseng sebab imej seksi, pertikai artis lelaki buka baju atas pentas

ARTIKEL BERKAITAN: Rose Blackpink dipilih jadi panel bincang topik kesihatan mental, mahu beri inspirasi melalui muzik

Malah dia juga menyediakan pelbagai bikini demi mendapatkan gelaran Ratu Waterbomb.

"Saya cuba lebih 20 bikini untuk festival itu dan saya pakai bermacam-macam jenis warna.

"Saya juga pakai bikini tu dalam bilik air rumah saya dan berlatih menari di bawah pancuran air," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain