PASANGAN selebriti terkenal Filipina Kathryn Bernardo dan Daniel Padilla mengumumkan berpisah selepas 11 tahun menjalinkan hubungan cinta. Khabar tersebut dikongsi Kathryn menerusi Instagram miliknya selepas desas desus hubungan mereka menjadi bualan peminat. Menerusi perkongsian di Instagram, Kathryn memuat naik foto dia bersama Daniel sedang memeluk antara satu sama lain semasa remaja. Kathryn dan Daniel kongsi kembali saat awal pertemuan mereka. "Tutup bab ini. Saya harap kenyataan ini membantu kita semua untuk maju ke hadapan. "Saya tidak akan melayani soalan berkaitan perkara ini lagi. Terima kasih kerana memahami," katanya di ruangan kapsyen. Malah Kathryn juga menyangkal dakwaan hubungan mereka sekadar rekaan dan akhirnya berpisah apabila sudah meningkat dewasa. "Hubungan kami adalah nyata. Ia bukan untuk pertunjukkan. Kami bersama bukan kerana kamera, bukan kerana peminat, bukan kerana wang. Kami benar-benar bercinta," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun bercinta, akhirnya Jefri Nichol kongsi foto cium kekasih... Ramai wanita luah patah hati ARTIKEL BERKAITAN: Makin laris selepas video menari seksi viral, Kwon Eun Bi terima banyak jemputan universiti Tidak lama selepas perkongsian tersebut, Daniel turut memuat naik foto dia bersama Kathryn semasa remaja. Dalam perkongsian tersebut, Daniel memaklumkan dia akan terus mencintai Kathryn meskipun mereka sudah tidak bersama. "Terima kasih untuk masa indah kita bersama... Cinta saya kekal untuk awak dan tiada kesudahan," luahnya. Pasangan ini pertama kali digandingan bersama menerusi siri Growing Up pada 2011 dan banyak menghasilkan karya lain seperti Princess and I, She's Dating the Gangster, The Hows of Us dan banyak lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!