PELAWAK Sule mendedahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjalinkan hubungan cinta bersama gadis yang lebih muda daripada usianya. Memetik laporan detikhot, Sule atau nama sebenarnya Entis Sutisna, 47, dia tidak berasa malu untuk bercakap soal kekasihnya iaitu pempengaruh media sosial Santyka Fauziah yang kini berumur 18 tahun. Kata Sule, jarak usianya yang jauh berbanding Santyka bukan menjadi penghalang bagi kisah cinta mereka. Jarak usia bukan penghalang untuk Sule memilih pasangan. Malah, terdapat khabar angin yang mengatakan pasangan itu bakal bernikah namun pelawak tersebut masih belum mahu memberikan sebarang kenyataan. "Bagi saya tidak ada apa-apa masalah. Soal bernikah, siapa yang beritahu? Doakanlah yang terbaik untuk kami," katanya. Dalam pada itu, Sule mengakui dia mengambil masa yang lama untuk bertemu cinta baharu selepas bercerai dengan isterinya iaitu Nathalie Holscher. ARTIKEL BERKAITAN: Buat muka serius semasa temu bual, Sule dicop sombong... "Wajah saya memang begini, yang penting hati lembut" ARTIKEL BERKAITAN: Sule belum terbuka hati tamat zaman duda, sibuk urus perkahwinan Rizky Fabian dan Mahalini Pun begitu, terdapat segelintir netizen yang menyifatkan berita tentang kekasihnya itu hanyalah sebagai satu gimik seperti yang dilakukannya sebelum ini. Jelas pelawak berkenaan, dia tidak mahu mengambil pusing dengan komen netizen dan menganggap sudah terbiasa dengan dakwaan yang dibuat oleh masyarakat. "Saya tidak kisah kerana sudah biasa dikatakan (buat gimik) seperti itu. Ya, sudah tentu saya merasakan ia bukan satu masalah buat saya," ujarnya. Untuk rekod, sebelum ini Sule pernah mendirikan rumah tangga dengan Lina Jubaedah pada 1997 namun pasangan ini disahkan bercerai pada 2018. Sule enggan mengulas lanjut tentang berita pernikahan. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Rizky Febian dan Putri Delina. Sule kemudiannya bernikah dengan model dan pengacara, Nathalie pada November 2020, namun bercerai pada Ogos 2022. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Adzam yang kini berusia dua tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!