PENYANYI Bunga Citra Lestari mengungkapkan kata-kata indah menganggap kehadiran suaminya iaitu Tiko Aryawardhana berjaya membuatkan dia kembali tersenyum. Kata Bunga, 40, pertemuan dengan Tiko juga telah membuka hatinya untuk kembali berumah tangga selepas kehilangan suami, Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada Februari 2020. "Pada satu waktu, hadir seorang yang baharu. Lelaki ini yang membawa rasa sakit dalam perjalanannya sendiri. Bunga berkongsi video romantis kisah pertemuan dengan Tiko. "Waktu demi waktu dilalui, rasa sakit mula dikongsi bersama dan aku tidak merasa sendiri lagi. Gelak ketawa kembali hadir. "Aku mula merasa aku berhak mendapatkan cinta dan kebahagiaan," katanya. Bunga berkongsi luahan itu dalam satu video pra perkahwinan yang dimuat naik selepas dia sah menjadi isteri kepada Tiko pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari sah bergelar isteri Tiko Aryawardhana, keluarga Ashraf Sinclair turut saksi hari bahagia ARTIKEL BERKAITAN: Bapa jadi wali nikah Bunga Citra Lestari, resort mewah dikawal ketat untuk majlis petang ini Menerusi rakaman video berkenaan, Bunga turut mengenang kembali rasa sedih kehilangan Ashraf dengan paparan warna hitam putih ketika berjalan di sebuah pantai bersama anaknya, Noah. Kemudian muncul Tiko seolah-olah mewarnai kehidupan mereka. "Melihat ke belakang, aku merasakannya kembali. Hari demi hari berlalu, sedikit demi sedikit aku beradaptasi dengan rasa sakit. Aku jalani hidup dengan perasaan bahawa sakit ini tidak akan pergi. Bunga dan Tiko bernikah di Bali pada Sabtu. "Rasa sakit ini akan selalu ada tetapi lelaki ini (Tiko) mengembalikan senyumku. Dia membawaku tempat yang tidak pernah aku fikirkan. Aku berani bermimpi pergi ke tempat yang disebut harapan," ungkapnya. Bunga dan Tiko melangsungkan pernikahan di sebuah hotel mewah di Bali pada petang Sabtu sebelum diraikan dalam satu majlis resepsi di tempat sama. Keluarga Ashraf turut hadir pada majlis berkenaan dan Aishah Sinclair menjadi pengapit Bunga ketika berjalan menuju ke ruang pernikahan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!