suria

Syahnaz Sadiqah dah insaf selepas kontroversi curang, pasang niat balik umrah pakai tudung

Syahnaz dan Jeje kini lebih bahagia.

PELAKON Syahnaz Sadiqah memberitahu hubungannya bersama suami, Jeje Govinda kini lebih bahagia selepas mereka berdepan kontroversi sebelum ini.

Syahnaz, 30, turut meluahkan rasa syukur kerana suaminya itu tetap menerimanya sebagai isteri meskipun heboh kisah main kayu tiga dengan pelakon Rendy Kjaernett.

Malah mereka yang baru pulang dari mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini turut menganggap kesempatan berada di Tanah Suci Makkah adalah peluang untuk mereka memperbaiki diri masing-masing.

syahnaz 2

Syahnaz mahu kehidupan lebih baik bersama suami.

"Syukur diberi kesempatan untuk mengerjakan ibadah umrah bersama suami. Saya merasakan kehidupan kami lebih baik berbading sebelum ini," katanya.

Tambah pelakon ini mereka kini juga sering meluangkan masa bersama termasuk menemani antara satu sama lain ke tempat kerja.

Malah mereka juga merancang untuk menambah bilangan cahaya mata tahun hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rendy Kjaernett mengaku curang dengan adik Raffi Ahmad, cacah tatu buat ’ubat’ lepas rindu

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu pujuk isteri, Rendy Kjaernett buang tatu wajah kekasih gelap

"Kalau suami ada masa lapang dia akan teman saya dan begitulah sebaliknya. Kami selalu manfaat waktu bersama. Tidak kira berdua atau bersama anak-anak kami anggap setiap waktu amat berharga," ujarnya.

Syahnaz turut meluahkan hasrat untuk memakain tudung selepas pulang umrah dan niatnya mendapat sokonga penuh suaminya sekiranya dia benar-benar sedia.

"Saya ingin mula memakai hijab tetapi perlu konsisten dahulu sebelum benar-benar katakan saya sudah berhijab," jelasnya.

syahnaz 3

Kisah Syahnaz dan Rendy (kiri) mengejutkan banyak pihak.

Nama Syahnaz dan Rendy sebelum ini menjadi bualan hangat selepas mereka mengakui bermain cinta sedangkan kedua-duanya sudah berkahwin.

Rendy juga mendedahkan dia mencacah tatu wajah Syahnaz kerana terlalu sayang dan rindu akan wanita itu.

Mereka bagaimanapun kembali berbaik dengan pasangan masing-masing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain