PELAKON Han So Hee akhirnya menjawab dakwaan mengatakan dia melakukan pembedahan pada bahagian hidungnya. Menurut Han So Hee, pembedahan tersebut bukannya untuk tujuan kecantikan sebaliknya kerana masalah kesihatan. "Saya risau kerana hidung saya masih lagi bengkak selepas pembedahan. Doktor hanya tegakkan hidung Han So Hee. "Saya sebenarnya tidak meletakkan sebarang silikon sebaliknya ia menjadi tinggi selepas doktor menegakkan hidung saya," katanya. Dalam pada itu, Han So Hee juga memberitahu masalah alahan menyebabkan kualiti hidupnya terjejas dan hanya boleh bernafas menggunakan satu lubang hidung. Namun dia kini bersyukur apabila mampu bernafas seperti orang lain. ARTIKEL BERKAITAN: Han So Hee minta peminat jangan taksub dengan selebriti, bentuk tubuh menarik sekadar tuntutan kerja ARTIKEL BERKAITAN: Muncul ‘live’ dengan muka bertindik, Han So Hee jawab soalan pelik peminat mengenai imej baharu "Hidung saya bengkok, jadi saya hanya boleh bernafas melalui satu lubang hidung, dan saya berdengkur. "Tapi pembedahan ini hanya untuk sementara waktu namun saya bersyukur mampu bernafas menggunakan kedua-duanya sekarang," luahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!