suria

Victoria Beckham simpan rahsia besar, David mungkin minta cerai kalau dapat tahu!

Victoria menyimpan rahsia terhadap David sejak mereka berkahwin pada 1999.

NAMPAKNYA Victoria Beckham tidak bersikap jujur mengenai hubungannya dengan suami menerusi dokumentari Beckham yang disiarkan sebelum ini.

Menerusi temu bual bersama majalah Allure, Victoria mendedahkan suaminya, David Beckham tidak pernah melihat dia tanpa bulu kening semenjak mereka berkahwin pada 1999.

Secara berjenaka, Victoria memberitahu David mungkin akan memfailkan cerai terhadapnya jika bekas pemain bola sepak itu mengetahui mengenai perkara tersebut.

Former England footballer David Beckham and his wife Victoria Beckham pose on the red carpet upon arrival to attend the Premiere of

David dan Victoria mengharungi pelbagai cabaran sebagai suami isteri.

"David tak pernah melihat saya tanpa bulu kening... Jujurnya dia akan memfailkan cerai terhadap saya," katanya.

Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan Spice Girls itu turut menyangkal pernah melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya.

Kata Victoria, jika diamati hidungnya sentiasa kelihatan sama sejak di awal kemunculan dalam bidang seni lebih 25 tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal besarkan payudara, Victoria Beckham tak mahu anak lakukan benda sama

ARTIKEL BERKAITAN: Victoria Beckham buang ego maafkan menantu, mengaku pernah buat kesilapan serupa masa muda

"Saya tidak pernah melakukan pembedahan hidung! Hidung saya memang kelihatan begini sejak dulu lagi," jelasnya.

Sebelum ini Victoria mengakui pernah melakukan pembedahan plastik pada bahagian payudara dan menyesali keputusan itu.

Bagaimanapun, dia sudah pun membuang implan tersebut pada 2014.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain