suria

Jennie Blackpink pilih urus sendiri karier solo, tubuh syarikat Oddatelier

Jennie pilih tubuh label sendiri bagi menguruskan karier solonya.

ANGGOTA kumpulan Blackpink Jennie mengesahkan membuka labelnya sendiri Oddatelier bagi menguruskan karier seninya.

Jennie berkata, semua aktiviti karier solonya akan diuruskan syarikat pengurusan berkenaan bermula tahun depan.

"Tahun ini penuh dengan pencapaian dan saya cukup berterima kasih dengan segala rasa kasih sayang diberikan peminat.

J

Jennie sudah sedia melebarkan karier solo pada 2024.

"Saya juga teruja untuk memulakan kembara solo tahun depan dengan syarikat sendiri iaitu Oddatelier.

"Semoga anda semua menunjukkan tanda sokongan bagi permulaan baru ini dan sudah pastinya Blackpink," katanya menerusi kenyataan di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Jennie Blackpink dedah seorang pemalu, suka bawa bantal sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: YG Entertainment ambil tindakan terhadap individu sebar foto peribadi Jennie Blackpink

Selain Jennie, Oddatelier yang ditubuhkan pada November lepas turut diuruskan oleh ibunya sendiri.

Bagaimanapun buat masa ini, syarikat berkenaan masih belum mempunyai sebarang artis di bawah naungan melainkan Jennie.

Sebelum ini, Jennie bersama tiga anggota lain Blackpink meneruskan kontrak eksklusif bersama YG Entertainment untuk aktiviti berkaitan kumpulan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain