suria

Suami didakwa tak bayar gaji pekerja... Raisa pula kena serang netizen

Suami Raisa dikecam kerana didakwa tidak bayar gaji pekerja.

PENYANYI dari Indonesia Raisa Andriana menjadi sasaran netizen selepas syarikat suaminya iaitu pelakon Hamish Daud didakwa tidak membayar gaji pekerja.

Selain itu terdapat segelintir netizen mengingatkan tentang karma, malah meminta Raisa sendiri membantu untuk membayar gaji pekerja syarikat berkenaan.

Lebih membuatkan netizen bengang apabila melihat Hamish seronok bercuti tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu ini.

NP (8)

Raisa dan suami masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sementara itu, pengurus Hamish iaitu Vitalia Ramona, meminta rakan sekerja lain di Octopus dikenali sebagai Ichsan tampil memberikan penjelasan.

Menurut Vitalia, Hamish juga dikatakan sudah empat bulan tidak menerima gaji daripada platform yang dibina bersama rakan-rakannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Raisa mengaku cepat cemburu, pernah ‘spotcheck’ telefon suami sebab curiga - “Saya menyesal... lebih baik tak payah tahu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tolong jangan marahnya lagi” - Raisa minta henti serang Nabil Ahmad, guna bahasa Inggeris sebab takut tersalah maksud

Cerita tentang isu gaji ini timbul selepas beberapa netizen dipercayai kakitangan syarikat bersuara dan meninggalkan komen di Instagram rasmi syarikat berkenaan.

Mereka mengadu sudah berbulan-bulan tidak menerima gaji sehingga isu ini menjadi tular di platform media sosial.

Untuk makluman, Hamish berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) dan merupakan pengasas bersama Octopus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain