MENANTU kepada David Beckham dan Victoria Beckham iaitu Nicola Peltz-Beckham dilaporkan enggan menyambut perayaan Hari Natal bersama pasangan itu. Menurut laporan Heat Magazine, pada awalnya pasangan selebriti itu mahu anak lelakinya iaitu Brooklyn dan menantu menyertai percutian mereka di United Kingdom (UK) tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak didedahkan. Demi menjaga kebahagiaan anaknya, Victoria juga sanggup meraikan Hari Natal lebih awal di Amerika Syarikat (AS). Victoria dan David terpaksa raikan Hari Natal lebih awal. Bagaimanapun, menurut sumber terdekat perkara tersebut tidak dipersetujui oleh Nicola pada awalnya kerana menanggap ia akan menyusahkan bapanya yang berada di England. "Nicola rasa ia akan menyusahkan bapanya kerana mereka berjauhan. Bagi ayah Nicola anak-anak perlu ada di sisinya semasa perayaan," katanya. Menerusi perkongsian di Intagram Nicola, dia dilihat sekali lagi meraikan Hari Natal di rumah keluarganya. ARTIKEL BERKAITAN: Victoria Beckham buang ego maafkan menantu, mengaku pernah buat kesilapan serupa masa muda ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal besarkan payudara, Victoria Beckham tak mahu anak lakukan benda sama Malah perkara itu mengecewakan Victoria kerana Brooklyn tidak pulang beraya bersama mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Malah, Brooklyn juga kerap menghabiskan cuti bersama keluarga mentua sejak berkahwin. "Brooklyn lama tidak pulang beraya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini dia menyambut Krismas bersama keluarga baharunya," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!