SELEPAS sah bercerai dengan penyanyi Virgoun pada November lalu, kehidupan Inara Rusli terus mendapat perhatian daripada netizen. Terbaharu, rakaman video mendakwa Inara atau nama sebenarnya Inara Idola Rusli, 30, menerima lamaran seorang lelaki tular di media sosial. Menerusi perkongsian video tersebut, Inara dilihat menatap wajah seorang lelaki yang menghulurkan cincin dalam sebuah kotak berwarna merah. Video Inara terima lamaran lelaki tular di media sosial. Video dipercayai dirakam di sebuah restoran mewah itu memperlihatkan Inara dan lelaki tidak didedahkan wajah duduk di meja yang sama. Pun begitu, video tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan ia hanyalah sebuah gimik bagi tujuan promosi produk. ARTIKEL BERKAITAN: Inara mahu cari pengganti selepas sah cerai Virgoun... Pilih lelaki good looking, tak selekeh ARTIKEL BERKAITAN: Sikit pun tak cemburu! Inara Rusli tidak terkejut Virgoun sudah jumpa pengganti "Kurang menjadi lakonannya. Kena belajar marketing lagi ni, netizen sekarang sudah bijak. "Kesalahannya cuma satu sahaja, salah pilih team marketing. "Semangat kak Inara, semoga marketing anda berjaya," tulis netizen. Untuk rekod, Inara sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Virgoun pada 2014 namun sah bercerai pada November lalu. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya'ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!