PELAKON Hollywood Charlie Sheen tampil membuat laporan polis terhadap seorang wanita kerana didakwa memasuki kawasan kediamannya tanpa kebenaran. Charlie turut mendakwa wanita berusia 47 tahun itu menyerangnya ketika dia berada di dalam rumah sewaktu sedang beristirehat. Difahamkan individu berkenaan merupakan salah seorang jirannya. Cerita Charlie, sebelum kejadian wanita berkenaan mengetuk pintu rumahnya dan berlaku insiden kecil gara-gara pelakon ini enggan membuka pintu. Charlie Sheen buat laporan polis kerana jiran wanita kasarinya. Berang kerana Charlie tidak melayan permintaannya, wanita berkenaan bertindak berani memecahkan pintu dan kemudiannya mencekik aktor berkenaan. Kesal dengan apa berlaku, Charlie mengambil keputusan melaporkan kepada pihak polis. Polis bagaimanapun belum mengetahui punca dan motif kejadian. Hasil siasatan juga mendapati ini bukanlah kali pertama berlaku kerana sebelum ini kenderaan milik Charlie juga pernah disimbah cat oleh individu yang sama. ARTIKEL BERKAITAN: Charlie Sheen Derma RM75 Ribu Kepada Mangsa Taufan Haiyan ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Teman Wanita Saman Charlie Sheen Isu Status HIV Malah, wanita tersebut juga membuang sampah di depan pintu rumah Charlie sehari sebelum serangan. Wanita itu akhirnya ditangkap di rumahnya dan didakwa kerana melakukan serangan menggunakan senjata dan memasuki kawasan peribadi tanpa keizinan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!