BERKONGSI foto bercuti bersama cinta hatinya iaitu Mahalini, penyanyi Rizky Febian dihujani pelbagai komen peminat di laman Instagram. Rata-rata peminat mendoakan agar mereka berdua memperoleh kebahagian dan dipermudahkan urusan mendirikan rumah tangga. Namun ada juga di antara mereka meninggalkan komen berbaur negatif antaranya menyifatkan hubungan mereka tidak sesuai. Rizky dan Mahalini sudah bertunang pada Mei lalu. "Aku tidak setuju Mahalini bercinta dengan dia. "Pasangan ini tidak cocok. "Semoga cepat putus," kata mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Sudah bertunang dengan Mahalini, Rizky Febian mahu berkahwin atas niat ibadah ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Febian bagi ‘hint’ tarikh nikah dalam album baharu, kongsi kisah cinta bersama Mahalini Pada 7 Mei, Rizky Febian dan Mahalini akhirnya mengikat tali pertunangan selepas dua tahun bercinta. Biarpun berlainan agama, Rizky yang merupakan seorang Muslim dan Mahalini pula seorang penganut Hindu tidak menghalang mereka semakin hampir ke jenjang pelamin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!