KHABAR angin anggota kumpulan Blackpink iaitu Lisa sedang hamil ternyata tidak benar apabila pereka fesyen terkenal dari Thailand mendedahkan ukuran pinggang terbaharu penyanyi berkenaan. Memetik laporan Wowkeren, pereka fesyen yang dikenali sebagai Moo Asava juga merupakan penata gaya Lisa untuk muzik video lagu Lalisa memberitahu ukuran pinggang penyanyi itu hanya sekitar 22 inci. Ukuran pinggang Lisa jelas membuktikan dirinya tidak hamil. Pun begitu, ukuran pinggang Lisa dikatakan menyusut ketika menghadiri acara The Korean Banquet yang diadakan di Istana Buckingham pada November lalu. Perubahan ukuran pinggang itu membuatkan pengarah fesyen Elle Thailand, Nanist terpaksa menggantikan gaun yang dipakai Lisa di acara tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink naik bot dengan bos Tag Heuer, makan angin sekitar Bangkok ditemani ibu bapa ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan Lisa Blackpink di Istana Buckhingnam dapat pujian, macam puteri raja sebenar Dengan kenyataan yang dikongsi oleh pereka fesyen dan pengarah fesyen dari Thailand itu, ia sekali gus menafikan dakwaan bahawa penyanyi lagu Money itu sedang berbadan dua. Sebelum ini, media Tiongkok mendakwa Lisa sedang hamil anak kekasihnya iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Tag Heuer, Frederic Arnault. Menerusi laporan dibuat, sumber mendakwa Lisa menunjukkan tanda-tanda penambahan berat badan dengan wajahnya yang semakin bulat serta perut yang menonjol. Selain itu, sumber juga memberitahu Lisa dilihat menutupi perutnya dengan tangan pada acara makan malam sehingga menimbulkan curiga ramai. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!