PELAKON Lee Sun-kyun ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Seoul, Korea Selatan pada pukul 10.30 pagi, Rabu. Perkara tersebut disahkan oleh pihak polis selepas mencari pelakon Parasite itu yang dilaporkan meninggalkan rumah dengan memo memberi bayangan ingin membunuh diri. Lee meninggalkan nota dirumahnya seakan-akan ingin membunuh diri. Polis menemui mayat pemenang Oscar tersebut di tempat duduk penumpang bersama briket arang. Untuk info, Lee, 48, ketika ini sedang berdepan siasatan disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah. ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon filem ‘Parasite’ Lee Sun Kyun ditahan atas tuduhan salah guna dadah ARTIKEL BERKAITAN: Terpalit kes dadah, banyak projek babitkan Lee Sun Kyun kena batal Lee sebelum ini telah melalui tiga kali siasatan polis kerana disyaki menggunakan ganja dan dadah lain di rumah seorang pelayan wanita yang bekerja di sebuah bar mewah di daerah Gangnam di Seoul sejak awal tahun ini. Pelakon itu mendakwa dia ditipu oleh pemilik rumah untuk mengambil dadah dan tidak mengetahui akan perkara itu. Lee bagaimanapun diuji negatif dalam kedua-dua saringan yang dijalankan semasa siasatan polis. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!