suria

Terfikir tambah cahaya mata... Lesti dan Rizky Billar tukar nama anak pertama elak cemburu

Lesti dan Rizky pilih nama baharu buat Leslar.

PENYANYI Lesti Kejora bersama suaminya, Rizky Billar sepakat menukar nama anak sulung mereka iaitu Muhammad Leslar Al Fatih Billar sempena ulang tahun keduanya.

Memetik laporan Suara.Com, Lesti dan Rizky menggantikan nama anaknya dengan nama baharu iaitu Muhammad Levian Al Fatih Billar.

Menurut pasangan berkenaan, nama Levian itu telah difikirkan sejak kelahiran anak pertamanya itu lagi.

lesti 1

Lesti dan Rizky pilih Levian sebagai nama baharu.

Kata pasangan ini, semasa itu dia tidak terfikir untuk menimang cahaya mata lagi dan memilih nama 'Leslar' hasil gabungan nama Lesti dan Billar.

Namun kini mereka mula berasa bimbang jika satu hari nanti anak kedua cemburu dan membuatkan pasangan ini terfikir untuk menukar gabungan nama itu.

"Saya rasa kalau ada anak kedua nanti takkan nak guna nama Leslar juga. Itu yang saya tukar nama dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai sebulan kembali berbaik dengan Rizky Billar, Lesti Kejora dikatakan hamil anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk main telefon, netizen geram Lesti Kejora dan Rizky Billar abai keselamatan anak dalam kereta

"Maksud nama Levian juga membawa makna yang baik iaitu seorang yang kuat, bijak dan mudah mendekati orang ramai," katanya.

Sementara itu Rizky juga berharap agar nama baharu anaknya itu akan memberi harapan yang besar buat anak sulungnya itu kelak.

Untuk rekod, Lesti melahirkan Levian pada 26 Disember melalui pembedahan caesar.

Levian juga dilahirkan secara pramatang kerana terdapat komplikasi kerana Lesti terlalu keletihan.

Pasangan ini bagaimanapun masih belum merancang untuk menambah cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain