PELAKON Acha Septriasa mengakui sudah meminta izin suaminya untuk berlakon adegan intim dengan aktor Morgan Oey dan Omar Daniel dalam filem Suami Yang Lain. Menurut Acha atau nama sebenarnya Jelita Septriasa, 34, dia akan melakonkan babak intim itu selepas mendapat keizinan suaminya iaitu Vicky Kharisma, "Babak (intim) akan dilakukan sekali take sahaja tanpa pengulangan, biasanya babak-babak intim itu kami akan lakukan secara profesional," katanya kepada Kompas. Acha digandingkan bersama Morgan (kanan) dalam filem Suami Yang Lain. Dalam pada itu, pelakon filem Anwar The Untold Story ini memberitahu dia masih menetapkan batasan tertentu sebelum melakonkan sebarang adegan intim. "Kalau mahu berlakon babak tersebut (intim) haruslah ada batasan ya. Saya pastikan ketika melakonkan aksi itu perlu ada ramai kru produksi, pengarah, jurugambar dan pelakon lain juga di situ," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Impian timang cahaya mata kedua tak kesampaian, Acha Septriasa keguguran ARTIKEL BERKAITAN: Untung Acha Septriasa dapat hadiah gelang tasbih, rasa masakan Wan Azizah Suami Yang Lain menceritakan tentang pasangan suami isteri iaitu Danan Dimitri (Morgan) dan Olivia Sastranegara (Acha) yang belum dikurniakan cahaya mata setelah bertahun mendirikan rumah tangga. Isu anak membuatkan perkahwinan mereka menjadi hambar dan membosankan. Rumah tangga Danan dan Olivia semakin panas selepas keluarga mempersoalkan tentang zuriat. Olivia akhirnya meminta cerai dan konflik semakin memuncak selepas kehadiran Anwar (Omar) dalam rumah tangga mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!