suria

Merungut penganjur minta buat content, peminat kecam Hyun Suk suka ‘meroyan’

Pandangan Hyun Suk menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat.

ANGGOTA kumpulan Treasure Hyun Suk dikecam netizen apabila dia secara terbuka menyelar segelintir penganjur acara yang gemar menggunakan populariti selebriti untuk kepentingan sendiri.

Hyun Suk menerusi video siaran langsung di Instagram menentang tindakan pihak penganjur yang meminta artis menghasilkan video sedangkan mereka hanya diundang untuk menyanyi.

Baginya tindakan itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh menganggu fokus penyanyi sebelum dan selepas mengadakan persembahan.

hyun suk 2

Hyun Suk lantang berkongsi pendapat.

"Apabila membuat persembahan saya mahu fokus dan bukan buat kerja lain.

"Saya tak mahu melakukan perkara-perkara yang tiada kaitan sebelum menghiburkan penonton. Seorang penyanyi harus bersedia sebelum naik ke atas pentas," katanya.

Bagiamanapun kata Hyun Suk, dia bukan seorang yang sukar memberi kerjasama sebaliknya penganjur perlu menetapkan waktu berbeza untuk melakukan perkara lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Tubuh seksi dicemburui ramai, Choi Soo Young kongsi rahsia turun berat badan

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dedah surat terakhir Lee Sun Kyun, isi kandungannya cukup menyayat hati

"Jika nak buat content fokus pada itu sahaja," tegasnya.

Rata-rata peminat tidak bersetuju dengan pendirian Hyun Suk kerana menganggap seorang artis perlu fleksibel dalam kerjaya.

Sebelum ini Hyun Suk juga pernah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalanga peminat kerana sering mengeluh dan memberi komen negatif terhadap kerjaya sebagai seorang penyanyi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain